Tuesday, February 7, 2017

Kejohanan Ping Pong MSSD



KEJOHANAN PING PONG 
DAERAH KUALA SELANGOR


     Pada 16.1.2017 yang lalu, SKPE telah menghantar pasukan Ping Pong sekolah yang diketuai oleh Cikgu Shahruddin (GPK HEM) yang disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri dari 6 murid lelaki dan 2 murid perempuan. 

     Keputusan perlawanan Ping Pong yang telah berlangsung di SJKC Tanjong Karang memberikan hasil yang positif di mana peserta lelaki iaitu Muhammad Faiz Bin Mohd Ramdani tahun 5 telah memenangi tempat ke 3 dalam kategori bukan kaum cina lelaki bawah 12. Manakala Muhammad Harith Zikri Bin Mohd Ali tahun 6 Baiduri telah mendapat tempat ke 4 dalam kategori yang sama. Kejayaan yang sama juga dirasai oleh Nurul Safira Khairina Binti Mohamad Redzuan yang telah memenangi tempat ke 3 dalam kategori bukan kaum cina perempuan bawah 12. 

     Tahniah kepada semua pemain yang berjaya mendapat tempat di dalam kejohanan Ping Pong MSSD Kuala Selangor 2017.








No comments:

Post a Comment