SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH


        Sekolah Kebangsaan Parit Empat  terletak di tepi Jalan Bernam kira-kira 2 kilometer dari pekan Sekinchan dan 9 kilometer dari pekan Tanjong Karang. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1948 dan tiangnya didirikan oleh Guru Besar En. Jaafar Bin Ahmad. Mula beroperasi sebagai institutsi pendidikan pada 13 Mac 1950.
Sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Parit 4 yang diketuai oleh Sidang Dolman yang amat komited terhadap perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Bermula dengan bangunan kayu (blok C) dan mempunyai murid seramai 65 orang dan 3 orang guru termasuk Guru Besar. 
Lagu Sekolah
Parit Empat sekolah Melayu
Tempat kita menuntut ilmu
Jangan malas jangan jemu

Pelajaran bertambah maju
                                                                                                   (ciptaan cikgu Razali Bin Mohd Basir)
(info : Hj. Nordin Bin Selamat - Bekas murid SKPE 1965 dan pekerja am)

Kemudian pada tahun 1974 sebuah bangunan batu dua tingkat didirikan bagi menampung murid yang bertambah menjadi 432 orang dan pada tahun 1978 sebuah lagi bangunan batu dua tingkat dibina kerana murid meningkat menjadi 519 orang.

Pengasas sekolah ini ialah Encik Dolman Bin Johan, pada masa itu beliau adalah Ketua Kampung Parit 4. Sejak tahun 1993, enrolmen murid menurun kepada 295 orang kerana penghijrahan penduduk. Kini jumlah murid hanya tinggal 321 orang termasuk murid kelas Pra-sekolah. 

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Hormat Rafie SMS,SMS,AMN iaitu Menteri Besar Selangor pada 19 Jun 1976 dan pernah ditadbirkan oleh 13 orang Guru Besar pada tahun :
1950-1955 En Jaafar Bin Ahmad. 
1955-1958 En Nordin Bin Ismail.
1958-1965 En Mohd Nor Bin Nordin. 
1966-1969 En Shamsuddin Bin Mohd Yusof.
1969-1979 En Hashim Bin Yunan.
1980-1985 En Abd Ghaffar Bin Jamaluddin.
1985-1989 En Md Raus @ Md Arif Bin Hj Taib.
1989-1996 En Abdul Rahman Bin Mat.
1997-2003 En Sha’ari  Bin Ismail.
2003-2006 Tn Hj Rosli Bin Yusoff. 
2006-2011 Pn Jamaah Binti Jaafar.
2011-2013 En Sahid Bin Selamat.
16 Nov 2013 dan kini  Pn Norzakiah Binti Hj Daud

1 comment:

  1. Saya salah seorang pelajar SKPE 1960-65. Saya ingin nak buat re-union kelas saya. Jadi sapa2 kawan kelas saya yamg baca ini, sila contact saya di akhir.sharif@gmail.com

    md akhir mohd sharif (1960-65)

    ReplyDelete