GOTONG-ROYONG PPDa
Selepas bermesyuarat pada 14.1.2017 yang lalu, semua guru, staf dan pekerja swasta digerakkan untuk tugasan gotong-royong Program Pencegahan Dadah (PPDa) yang diwajib oleh KPM untuk setiap sekolah mengadakan atau mewujudkan PPDa tersebut.
Pada tanggal 24.1.2017, pihak sekolah akan dilawati oleh pegawai PPD Sabak Bernam, sehubungan dengan itu, pihak guru-guru bekerjasama dengan kakitangan serta pekerja swasta sekolah membuat gotong-royong menyiapkan 3 tempat iaitu Laluan PPDa, Pondok PPDa dan Bilik PPDa.
Alhamdulillah dengan berkat kerjasama semua pihak, gerak kerja yang dirancang dapat disempurnakan dan disiapkan serta dikemas kini dengan jayanya sebelum tarikh lawatan.
No comments:
Post a Comment