Thursday, February 16, 2017

PERKHEMAHAN PBB 2017



PERKHEMAHAN PBB 2017



     Pada 14, 15 dan 16 Februari 2017 (3 hari 2 malam), seramai 4 orang murid SKPE telah menyertai perkhemahan PBB (Pertubuhan Badan Berunifom) daerah Kuala Selangor yang telah diadakan di Pusat KOKO Kem Seri Gambut Tanjong Karang. Badan Berunifom yang terlibat adalah Pengakap, PBSM, Tunas Puteri dan Puteri Islam sahaja. Murid yang terlibat ialah Akamal Farhan Bin Hasabullah, Muhammad Alif Zaidan Bin Selamat, Nur Sabrina Binti Sanusi dan Nurul Ain Nabeela Binti Omar Baki. 

     Pelbagai aktiviti berpengkalan telah diadakan, iaitu tali temali (ikatan), kawad kaki, ikhtiar hidup dan bantu mula. Semua aktiviti yang dijalankan diselia oleh jurulatih yang berpengalaman.

     SKPE ditugaskan menyelia majlis perasmian penutup, yang diadakan pada pagi semalam (16.02.2017). Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada guru yang bertugas dari awal perkhemahan sehingga majlis perasmian penutup Perkhemahan PBB kali ini.
JAZAKALLAHU KHAIRAN JAZA'

Taklimat oleh Kem Komandan Cik Farah Wahida

Pasang khemah

Bacaan Yasin 

Pecah bendungan

Senaman pagi

Kawad kaki

membuat gajet

Malam kebudayaan

Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan PBB

Kadet bersama Guru Besar dan Guru Bertugas


Friday, February 10, 2017

SUMBANGAN WARGA SKPE



RINGANKAN BEBAN

Pada tanggal 29 Januari 2017 yang lalu, warga SKPE dikejutkan dengan pemergian salah seorang bapa kepada murid SKPE iaitu En. Ahmad Ettihad bapa kepada Nor Erna Eryanty. 

Bagi meringankan beban keluarga murid tersebut, PK HEM melancarkan tabung kutipan untuk didermakan kepada anak kepada allahyarham. Kutipan telah dijalankan dari Jumaat 3.2.2017 hingga ke hari Rabu 8.2.2017. Pada hari ini majlis ringkas penyerahan kutipan derma tersebut. Semoga dengan sumbangan dari warga SKPE guru, kakitangan, pekerja swasta dan murid dapat meringankan beban keluarga adik Erna Eryanty.
AL-FATIHAH...


Majlis Perpisahan





MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MADSUGIA


Hari ini telah diadakan suatu majlis perpisahan guru lama (otai) SKPE yang telah berkhidmat selama hampir 20 tahun di SKPE. Beliau adalah En. Madsugia Bin Tukiman. Beliau telah mula berkhidmat  di SKPE pada tahun 1997, di mana sebelum beliau ke SKPE beliau telah berkhidmat di sebuah sekolah SJKT di Banting. Sepanjang perkhidmatan beliau, banyak jasa, ilmu, kebajikkan telah dicurahkan kepada anak didik SKPE. Terima Kasih Cikgu.

Kini beliau telah berpindah dengan naik pangkat menjawat jawatan PK KOKO di SK Dato Manan Intergrasi. 

SELAMAT MAJU JAYA CIKGU MAD!!!











Thursday, February 9, 2017

JOM KE SEKOLAH



JOM KE SEKOLAH


Pada 6.2.2017 (Isnin) telah dilancarkan program Jom Ke Sekolah. Program ini dilancarkan serentak di seluruh negara bagi sekolah yang mula sesi persekolahan pada hari Isnin. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan PDRM. 

Aturcara majlis ini dimulai dengan bacaan teks perutusan dari Ketua Polis Negara yang telah dibacakan oleh Koperal Ishak dari IPD Kuala Selangor. Manakala teks perutusan dari Menteri Pendidikan Malaysia dibacakan oleh guru disiplin iaitu Ust Mohd Fikri.















Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42




MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 42

     Pada 3.2.2017 (Jummat) jam 2.30 petang, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 42 SK Parit Empat yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Samsudin Bin Hj Lias ADUN Sg. Burong. Turut hadir bersama En. Mahadir Bin Azemi selaku pegawai Tan Sri Noh Omar dan En. Mt Saafien Bin Kassim wakil Pegwai PPD Kuala Selangor serta sidang JKKP En. Pamuji.

     Aturcara majlis dimulai dengan majlis perasmian terlebih dahulu. Sebelum majlis perasmian bermula, YB Dato Samsudin telah dibawa melawat Kelas Abad 21 (KA21), bilik guru, laluan PPDa dan bilik PPDa. Dalam ucapan YB Dato Samsudin telah mengucapkan tahniah kepada pentadbir dan guru serta warga SKPE kerana berjaya mewujudkan Kelas Abad 21, yang mana ianya merupakan salah satu elemen dalam PPPM.
     
     Majlis berhenti rehat selepas tamat majlis perasmian. Kemudian majlis bersambung dengan Mesyuarat Agung PIBG dan pemilihan Pengerusi, Timb. Pengerusi dan AJK PIBG di kalangan ibubapa/penjaga telah dijalankan. Tahun ini dua percalonan baru merebut jawatan pengerusi PIBG iaitu En. Norazmi dan En. Mohd Rosni. 

     Pengundian telah dijalankan dan keputusan memihak kepada En. Mohd Rosni, yang merupakan  mantan pengerusi PIBG bagi sesi 2015. Manakala En. Norazmi telah dilantik sebagai Timb. Pengerusi PIBG sesi 2017 dan AJK dari kalangan ibubapa/penjaga dikekalkan dengan undian sebulat suara oleh ibubapa/penjaga yang hadir.