Wednesday, June 15, 2016

Seronoknya Berucap


SERONOKNYA BERUCAP

     Progam ini telah diadakan pada 25 Mei yang lalu dan diselia sepenuhnya oleh mahasiswa UITM kampus Shah Alam dari pelbagai kos di bawah unit ko kurikulum UITM untuk mahasiswa terbabit mendapatkan markah kerja luar atau tugasan luar.

     Program ini juga dikenali sebagai public speaking dengan bertujuan melatih para peserta dapat membina keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai.

     Sasaran program ini adalah untuk murid tahun 6 sahaja dan pelbagai modul telah dijalankan kepada murid. Murid yang terlibat begitu seronok dan gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan serta mendapat input dan suntikan semangat dari kakak-kakak dan abang-abang mereka.

     Program ini bermula dari awal pagi iaitu jam 9.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang. Dengan kerjasama dari pihak Sekolah Rendah Agama Parit 4 yang telah memberi pelepasan dan kebenaran murid-murid yang terlibat dengan program hadir ke sekolah sedikit lewat selepas tamat program tersebut. Jazakallahu khairan jaza' kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga program yang dijalankan memberi input dan faedah kepada murid-murid.























Tuesday, May 17, 2016

PREVIEW (KA21)



PREVIEW Kelas Abad 21 (KA21)

RIMBUN ILMU

Taman Inspirasi


Parking Lot : untuk murid luahkan perasaan berkaitan dengan PdP


Susunan meja yang berfokus

SMART BOARD : lengkap touch screen dan projector



Anchor : tempat pameran hasil kerja murid





Monday, May 16, 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN




MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU 
PERINGKAT KEBANGSAAN


                        Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Pada tahun ini, warga guru SKPE meraikan secara ringkas Hari Guru kali ini dengan tema " Guna Pembina Negara Bangsa". Manakala sambutan peringkat sekolah akan diadakan pada hari Khamis 26 Mei 2016, yang akan diuruskan sepenuhnya oleh AJK PIBG dari kalangan Ibubapa/Penjaga. 

Guru Besar Pn. Norzakiah memotong kek Hari Guru





Penyampaian Sijil Jalinan oleh GB kepada Tn. Hj. Abdul Hamid

Sambutan ringkas warga guru SKPE 

Bacaan Ikrar Guru yang diketuai oleh En. Azlan

Wakil AJK PIBG dari kalangan Ibubapa/Penjaga En. Roslan

Add caption


Nyanyian Lagu " Kami Guru Malaysia"

Jasa para guru terlalu besar. Mengingati dan menghargainya...mestilah sepanjang masa. Sama2 kita doakan yang terbaik buat para guru.

Doa Buatmu Guru

Ya Allah,

Berkatilah hidup guru-guru kami...
Kurniakanlah kesihatan buat mereka...
Berkati keluarga mereka...
Kurniakanlah kejayaan buat anak-anak mereka...
Tunjukilah jalan keluar terhadap masalah yang mereka sedang hadapi...
Kurniakan kesabaran buat mereka, dalam menghadapi pelbagai dugaan kehidupan...
Tambahkanlah rezeki mereka...

Ya Allah,

Kami mengenal huruf dan nombor....
Hasil kesungguhan dan kesabaran mereka...
Kami membaca dan menulis, dengan bimbingan mereka....
Kami di tempat kami di saat ini, justeru didikan dan doa mereka...
Segala penat dan letih, mereka lupakan demi mendidik kami...
Adakalanya mereka dipersalahkan dan tidak dihargai....
Mereka terus meredah onak, demi mendidik...

Ya Allah,

Penuhi harapan dan pinta guru-guru kami,
Maqbulkanlah doa-doa mereka,
Perkenankanlah hasrat dan harapan mereka,
Himpunkanlah kami dan guru-guru kami di syurgaMu....