SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT EMPAT,
SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN
TAJUK KAJIAN TINDAKAN:
KEBERKESANAN LALUAN PPDa DALAM MEMBERI MAKLUMAT MENGENAI PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR , GURU DAN KAKITANGAN SK PARIT
EMPAT
PENDAHULUAN
Pendidikan adalah satu
usaha kerajaan dalam menangani masalah
dadah . Mulai 1983 kabinet telah mengisytiharkan `Dadah Musuh Negara “ dan
Kementerian Pendidikan Malaysia memberi
penekanan tentang Pendidkan Pencegahan
Dadah di sekolah-sekolah seluruh negara
. menyedari hakikat itu maka KPM mengeluarkan
*Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2004 Memperkasakn Pendidikan Pencegahan
dadah di sekolah.
* Merujuk Surat Siaran Kementerian
Pelajaran Malaysia,
(BS/SPPK)8543/078.Jld II(100) bertarikh 16 Januari 2008, satu ketetapan telah
diambil supaya setiap sekolah mewujudkan Bilik Sumber atau sudut / Laluan PPDa’.
Perkembangan dunia pendidikan yang semakin
berkembang hari ini adalah bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan
sumber maklumat yang semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran zaman.
Kurikulum merentas matapelajaran adalah salah satu amalan yang semakin mendapat
perhatian dalam kalangan warga pendidik untuk menjamin aspek-aspek pendidikan
yang dinyatakan di atas dapat dicapai dengan sempurna.
Pedagogi Pendidikan hari ini semakin
memerlukan seorang guru memikirkan media-media yang menarik, berinovasi dan
canggih seperti penggunaan bahan-bahan maujud alat elektronik , pembelajaran di
luar bilik darjah, pembelajaran simulasi dan pembelajaran melalui aktiviti
lawatan-lawatan adalah semakin mendapat perhatian dan memberi impak yang
lebih berkesan .
Dalam
konteks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menlontarkan pelbagai sumber
pendidikan yang dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah-sekolah. Kita
seharusnya sentiasa berfikirkan positif agar setiap langkah yang kita ambil
bertepatan dan wajar untuk membantu pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat
sehingga sekolah boleh digelar pengeluar produk yang berkualiti dari aspek
penggunaan tenaga manusia
No comments:
Post a Comment