Wednesday, June 15, 2016

Seronoknya Berucap


SERONOKNYA BERUCAP

     Progam ini telah diadakan pada 25 Mei yang lalu dan diselia sepenuhnya oleh mahasiswa UITM kampus Shah Alam dari pelbagai kos di bawah unit ko kurikulum UITM untuk mahasiswa terbabit mendapatkan markah kerja luar atau tugasan luar.

     Program ini juga dikenali sebagai public speaking dengan bertujuan melatih para peserta dapat membina keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai.

     Sasaran program ini adalah untuk murid tahun 6 sahaja dan pelbagai modul telah dijalankan kepada murid. Murid yang terlibat begitu seronok dan gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan serta mendapat input dan suntikan semangat dari kakak-kakak dan abang-abang mereka.

     Program ini bermula dari awal pagi iaitu jam 9.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang. Dengan kerjasama dari pihak Sekolah Rendah Agama Parit 4 yang telah memberi pelepasan dan kebenaran murid-murid yang terlibat dengan program hadir ke sekolah sedikit lewat selepas tamat program tersebut. Jazakallahu khairan jaza' kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga program yang dijalankan memberi input dan faedah kepada murid-murid.























No comments:

Post a Comment