Wednesday, July 31, 2019

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PPDa 2019



       KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH
&
PENGAWAS PPDa 2019

       
§  TARIKH
HARI        :  JUMAAT & SABTU
TARIKH   :  26 & 27 JULAI 2019
TEMPAT  :  TERATAK RIVERVIEW, TANJONG MALIM. PERAK
MASA      : SEPENUH MASA 

Kem Kepimpinan Pengawas SKPE merupakan aktviti tahunan Sekolah Kebangsaan Parit  Empat yang diadakan pada setiap tahun. Program ini melibatkan semua pengawas yang telah dilantik dari  Tahun3,4,5 dan 6 bagi sesi 2019.

§  OBJEKTIF
1.       Menerapkan sikap bekerjasama di kalangan pengawas.
2.       Memupuk semangat ingin maju dan persaingan yang sihat.
3.       Melahirkan pengawas yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
4.       Melahirkan pengawas yang boleh berdikari.
5.       Melatih pengawas sentiasa menepati masa dan menghargai masa.
6.       Memupuk nilai perpaduan.
7.       Memahami tugas dan peranan yang telah dipertanggung jawabkan.

§  MATLAMAT
             1.       Melatih pengawas berusaha dan berdikari.
2.       Memupuk sifat bekerjasama, bertolak ansur dan bersatu padu di kalangan pengawas.
3.       Melahirkan bakal pemimpin yang berdedikasi di masa hadapan.
4.       Meningkatkan kualiti diri murid.

§  TENTATIF PROGRAM
26/ 07/2019 ( JUMAAT )
8.00 pagi    -  Bertolak dari Sekolah
10.00 pagi – Lawatan ke UPSI
12.30 tgh    - Makan tgh hari& Solat Jumaat
2.00 ptg    - Bertolak ke Teratak Riverview
2.30 ptg – Pendaftaran&Taklimat program( Ust Mohd Fikri)
  -mendirikan khemah
3.00 ptg    - Ice Breaking&pembahagian kumpulan ( Cik Zaleha& Cik Nursyahirah )
3.30  ptg  - Tugas dan Tanggungjawab ( Ust Mohd Fikri)
4.30  ptg  - Rehat & minum ptg
5.00  ptg  - Solat Asar berjemaah
5.20  ptg  - Riadah& Sukaneka
6.00 ptg   - Makan malam&persiapan diri
7.00 ptg  - Zikir& Solat Maghrib&isyak berjemaah (Jamak)
7.45 ptg  - Tazkirah ringkas ( Ust Mohd Fikri)
8.00 mlm –LDK 1&LDK 2 ( Tn Hj Shahruddin)
9.00 mlm   - BBQ
10.00 mlm  - Minum malam
10.30 mlm  - Rehat&tidur
27/ 07/2019 ( SABTU )
5.00 pagi – Qiamullail
6.00 pagi – Solat Subuh
6.15 pagi – Tazkirah ringkas
7.00 pagi – Persiapan diri
7.30 pagi – Riadah&Senamrobik
8.00 pagi – Sarapan pagi
8.30 pagi – Aktiviti : - Rentas halangan , Tubing, Flying Fox&Abseiling
12.00 tgh – Mengemas tapak perkhemahan&persediaan Majlis penutupan
1.00 tgh – Makan tgh hari
1.30 tgh – Solat Zohor berjemaah
2.30 ptg – Bertolak pulang
4.00 ptg  - Tiba di sekolah

§  SASARAN
            Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Kem  Kepimpinan Pengawas SKPE
            2019 akan melibatkan :
1.       Murid tahun 3,4,5 dan 6 SK Parit Empat ( L -14 , P –20 )
2.       Semua guru dan kakitangan SK Parit Empat





Saturday, July 20, 2019

KAJIAN TINDAKAN LALUAN PPDa



SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT EMPAT,
SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN
      

TAJUK KAJIAN TINDAKAN:
KEBERKESANAN LALUAN PPDa DALAM MEMBERI MAKLUMAT MENGENAI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR , GURU DAN KAKITANGAN  SK PARIT EMPAT


PENDAHULUAN

Pendidikan adalah satu usaha kerajaan dalam menangani  masalah dadah . Mulai 1983 kabinet telah mengisytiharkan `Dadah Musuh Negara “ dan Kementerian Pendidikan Malaysia  memberi penekanan tentang  Pendidkan Pencegahan Dadah  di sekolah-sekolah seluruh negara . menyedari hakikat itu maka KPM mengeluarkan
 *Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2004 Memperkasakn Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah.
* Merujuk Surat Siaran  Kementerian Pelajaran  Malaysia, (BS/SPPK)8543/078.Jld II(100) bertarikh 16 Januari 2008, satu ketetapan telah diambil supaya setiap sekolah mewujudkan Bilik Sumber atau sudut / Laluan  PPDa’.

Perkembangan dunia pendidikan yang semakin berkembang hari ini adalah bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan  sumber maklumat yang semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Kurikulum merentas matapelajaran adalah salah satu amalan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan warga pendidik untuk menjamin aspek-aspek pendidikan yang dinyatakan di atas dapat dicapai dengan  sempurna.

Pedagogi Pendidikan hari ini semakin memerlukan seorang guru memikirkan media-media yang menarik, berinovasi dan canggih seperti penggunaan bahan-bahan maujud alat elektronik , pembelajaran di luar bilik darjah, pembelajaran simulasi dan pembelajaran melalui aktiviti lawatan-lawatan adalah semakin mendapat perhatian dan memberi impak yang  lebih berkesan .

Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menlontarkan pelbagai sumber pendidikan yang dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah-sekolah. Kita seharusnya sentiasa berfikirkan positif agar setiap langkah yang kita ambil bertepatan dan wajar untuk membantu pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat sehingga sekolah boleh digelar pengeluar produk yang berkualiti dari aspek penggunaan tenaga manusia