Monday, November 13, 2017

MAJLIS TILAWAH AL QURAN ZON/DAERAH




MAJLIS TILAWAH AL QURAN 
PERINGKAT ZON

    Pada 6 Mac juga pihak sekolah telah menghantar wakil sekolah ke pertandingan Majlis Tilawah Al Quran atau lebih dikenali dengan MTQ peringkat Zon Tanjong Karang yang telah diadakan di SK Parit Serong Tanjong Karang.

    SKPE telah menyertai semua acara yang dipertandingkan seperti bercerita kisah al Quran (L/P), Tilawah Al Quran (L/P), Hafazan (L/P) dan Nasyid.

    Alhamdulillah berkat doa dan usaha berlatih, team MTQ telah dinobatkan sebagai johan acara bercerita kisah al Quran (L/P), Tilawah Al Quran (P) dan nasyid bagi mewakili Zon Tanjong Karang.
Tahniah buat team MTQ SKPE yang diketuai oleh Pn. Norzakiah selaku Guru Besar, Ketua Panitia Ust. Mohd Fikri iaitu jurulatih kumpulan Nasyid An Najah, Ustzh Fauziah selaku jurulatih bercerita kisah al Quran (L/P), Ustzh Siti Noor Hifzan selaku jurulatih Tilawah Al Quran (L/P) dan Ustzh Sabariah Sabawi selaku Hafazan (L/P).










MAJLIS TILAWAH AL QURAN 
PERINGKAT DAERAH

Pada 15 Mac yang lalu, team MTQ SKPE telah bertandang ke SAM Tanjong Karang untuk menghadiri ke pertandingan MTQ peringkat daerah. Dengan usaha dan latihan yang telah dibuat, team MTQ dengan dukacita dan pasrah menerima keputusan yang telah dibuat oleh panel hakim tanpa memenangi sebarang acara hanya Naib Johan Nasyid. Semoga kekalahan tahun ini akan ditebus pada tahun hadapan, insyaAllah.






No comments:

Post a Comment