Monday, March 6, 2017

PERKHEMAHAN KENAIKAN PANGKAT TKRS



PERKHEMAHAN KENAIKAN PANGKAT
TKRS DAERAH KUALA SELANGOR


     Pada 21 hingga 23 Februari yang lalu, 4 orang murid telah menyertai perkhemahan kenaikan pangkat TKRS Koperal dan Lans Koperal daerah Kuala Selangor yang telah berlangsung di Pusat KoKo Kem Seri Gambut. Tiga orang murid tahun 6 dan seorang murid tahun 5 telah menyertai perkhemahan tersebut iaitu Muhammad Harith Zikri, Muhammad Aziq, Nur Erna Eryanti dan Nurul Syaidatul Najwa.

     Pelbagai ujian yang telah meraka lalui, antaranya ujian kerohanian, tali temali, bantu mula, kawat, ikhtiar hidup, pengucapan awam, kompas, dan alam sekitar. Bagi yang berjaya melepasi ujian tersebut mereka akan dilantik sebagai Koperal dan manakalan yang lulus hanya akan dilantik sebagai Lans Koperal. Namun sedikit dukacita kerana murid SKPE hanya lulus ujian tersebut dan dilantik sebagai Lans Koperal TKRS.

   









No comments:

Post a Comment