SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT EMPAT
NORZAKIAH HAJI DAUD
GURU BESAR SKPE
TAJUK KAJIAN TINDAKAN :
KEBERKESANAN LORONG PPDa DALAM MEMBERI MAKLUMAT MENGENAI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR , GURU DAN KAKITANGAN SK PARIT EMPAT
PENDAHULUAN
Pendidikan adalah satu usaha kerajaan dalam menangani masalah dadah . Mulai 1983 kabinet telah mengisytiharkan `Dadah Musuh Negara “ dan Kementerian Pendidikan Malaysia memberi penekanan tentang Pendidkan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah seluruh negara . menyedari hakikat itu maka KPM mengeluarkan
*Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2004 Memperkasakn Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah.
* Merujuk Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, (BS/SPPK)8543/078.Jld II(100) bertarikh 16 Januari 2008, satu ketetapan telah diambil supaya setiap sekolah mewujudkan Bilik Sumber atau sudut / Laluan PPDa’.
Perkembangan dunia pendidikan yang semakin berkembang hari ini adalah bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan sumber maklumat yang semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Kurikulum merentas matapelajaran adalah salah satu amalan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan warga pendidik untuk menjamin aspek-aspek pendidikan yang dinyatakan di atas dapat dicapai dengan sempurna.
Pedagogi Pendidikan hari ini semakin memerlukan seorang guru memikirkan media-media yang menarik, berinovasi dan canggih seperti penggunaan bahan-bahan maujud alat elektronik , pembelajaran di luar bilik darjah, pembelajaran simulasi dan pembelajaran melalui aktiviti lawatan-lawatan adalah semakin mendapat perhatian dan memberi impak yang lebih berkesan .
Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menlontarkan pelbagai sumber pendidikan yang dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah-sekolah. Kita seharusnya sentiasa berfikirkan positif agar setiap langkah yang kita ambil bertepatan dan wajar untuk membantu pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat sehingga sekolah boleh digelar pengeluar produk yang berkualiti dari aspek penggunaan tenaga manusia.
Salah satu sumber yang dilaksanakan di sekolah-sekolah adalah pelaksanaan, pihak sekolah telah merangka satu kajian yang dapat mengenal pasti keberkesanan penggunaan Laluan PPDa ini.
RASIONAL KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai keberkesanan Laluan PPDa yang dibina di SK Parit empat. Pembinaan Laluan PPDa ini sudah pasti memerlukan komitmen daripada semua pihak bagi merealisasikannya Berkonsepkan koperat kami meminimumkan kos tetapi berimpak tinggi . Semua ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah agar memilih jalan yang betul untuk menjalani kehidupan mendatang dan tidak terjebak dengan penyalahgunaan najis darvih. Berwatakkan Dangau dan sawah menjadi analogi bahawa bukan semua insan itu sempurna tetapi ada juga yang terjebak . Oleh itu pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menjadi wahan ke arah menghasilkan insan yang ihsan dan terdidik.
OBJEKTIF KAJIAN
•
Melahirkan insan yang ihsan dalam ertikata menjauhi diri daripada DARVIH sepenuhnya.Mendapatkan maklumat keberkesanan Laluan PPDa kepada warga sekolah dalam usaha untuk membendung masalah penagihan rokok ,inhalan , penagihan dadah , arak dan yang seumpamanya di Sekolah Kebangsaan Parit Empat.
•
Mendapatkan maklumat keberkesanan Laluan PPDa dalam usaha memberi pelbagai maklumat positif dan negatif berkaitan rokok, dadah, inhalan, arak, AIDS dan HIV.
•
Mendapatkan maklumat keberkesanan Laluan PPDa dalam usaha memberi kesedaran tentang maklumat-maklumat yang boleh dijadikan panduan agar warga sekolah tidak terjebak dengan masalah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
•
Memberi maklumat kepada pihak sekolah untuk membuat penambahbaikan kepada Laluan PPDa di sekolah ini khasnya bagi keberkesanan dan impaknya terhadap pelajar.
PROSEDUR KAJIAN
Kajian dilaksanakan dengan memberi soalselidik kepada 150 responden. Responden dipilih terdiri daripada 130 orang pelajar , 16 orang guru dan 4 orang kakitangan sekolah. Setiap responden akan menjawab 20 soalan yang berstatus YA atau TIDAK. Setiap soalan adalah berkisarkan keberkesanan Laluan PPDa dalam usaha memberi impak yang maksimum mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah di SK PARIT EMPAT. Pra Kajian dilakukan pada 1 Oktober 2017 bagi mengenalpasti tahap keberkesananan Laluan PPDa dalam memberi maklumat berkaitan dadah, inhalan , rokok , AIDS dan HIV. Post Kajian pula dilakukan pada 30 Mac 2018 bagi menilai semula keberkesanan pelbagai maklumat yang terdapat pada Laluan PPDa.
PECAHAN RESPONDEN- PELAJAR
M
C
I
LELAKI
70
0
0
PEREMPUAN
60
0
0
PECAHAN RESPONDEN GURU
M
C
I
LELAKI
6
PEREMPUAN
10
PECAHAN RESPONDEN KAKITANGAN SEKOLAH
M
C
I
LELAKI
1
0
0
PEREMPUAN
3
0
0
SOALAN SOAL SELIDIK ( LIHAT LAMPIRAN 1)
ANALISA KAJIAN
Kajian soal selidik dan data-data akan diproses secara diskriptif. Data-data akan diterjemahkan dalam bentuk carta bar dan carta pai. Berdasarkan carta-carta ini , huraian akan dibuat mengenai tajuk kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
KEPUTUSAN PRA KAJIAN
SOALAN
YA
TP
TIDAK
ITEM 1
80
40
30
ITEM 2
60
65
35
ITEM 3
45
30
75
ITEM 4
60
43
47
ITEM 5
91
9
50
ITEM 6
86
34
30
ITEM 7
36
54
60
ITEM 8
48
50
52
ITEM 9
57
47
46
ITEM 9
68
37
45
ITEM 10
69
11
70
ITEM 11
85
43
22
ITEM 12
65
45
40
KEPUTUSAN POST KAJIAN
SOALAN
YA
TP
TIDAK
ITEM 1
120
12
18
ITEM 2
132
5
5
ITEM 3
143
2
5
ITEM 4
2
3
143
ITEM 5
146
3
1
ITEM 6
149
0
1
ITEM 7
4
2
144
ITEM 8
142
3
5
ITEM 9
146
2
2
TEM 10
130
12
8
ITEM 11
120
10
20
ITEM 12
15
13
127
CARTA BAR MENUNJUKKAN DAPAT KAJIAN KEBERKESANAN LORONG PPDa DALAM MEMBERI MAKLUMAT TENTANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KEPADA PELAJAR , MURID DAN KAKITANGAN SK PARIT EMPAT
HURAIAN KEPUTUSAN PRA KAJIAN
Bagi Item 1, saya banyak mendapat maklumat tentang kesan negatif yang diperoleh akibat menyedut asap rokok di Laluan PPDa sebanyak 80 responden menyatakan setuju, 40 responden kurang pasti dan 30 responden tidak setuju.
Bagi Item 2, banyak maklumat tentang penyakit AIDS dan HIV yang dipamerkan di sudut AIDS dan HIV, Laluan PPDa. Sebanyak 45 responden bersetuju, 30 tidak pasti dan 75 tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 3, banyak maklumat yang boleh membantu saya menghindarkan diri agar tidak tersebut dengan masalah penagihan rokok, penagihan dadah, penagihan inhalan dan penagihan arak di Laluan PPDa sekolah saya. Sebanyak 65 responden bersetuju dengan kenyataan ini, 2 tidak pasti dan 5 tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 4, Laluan PPDa sekolah saya hanya membazir dan kurang memberi manfaat kepada pelajar, guru dan warga sekolah yang lain. Sebanyak 60 responden setuju dengan pernyataan ini, 43 orang responden tidak pasti dan 47 orang responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 5, keadaan persekitaran di Laluan PPDa sekolah saya amat menarik dan tidak jemu dikunjungi. Seramai 91 orang responden menyatakan persetujuan, 9 orang responden menyatakan tidak pasti, 50 orang responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 6, air terjun yang terdapat di Laluan PPDa amat menyamankan dan memberi banyak informasi tentang kesan-kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah. Sebanyak 86 responden menyatakan persetujuan, 34 tiada responden menyatakan tidak pasti, 30 orang responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 7, Laluan PPDa sekolah saya amat membosankan dan tidak seharusnya dikunjungi oleh pelajar. Sebanyak 36 orang responden menyatakan setuju, 54 orang responden menyatakan tidak pasti, 60 menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 8 ,Laluan PPDa sekolah saya memberi motivasi kepada saya untuk sering berkunjung ke situ dan menimba ilmu berkaitan PPDa. Sebanyak 48 orang responden menyatakan persetujuan, 50 orang responden menyatakan tidak pasti dan 42 orang responden menyatakan tidak setuju.
Bagi Item 9 ,Laluan PPDa sekolah saya tidak memberi apa-apa maklumat yang berguna kepada saya. Sebanyak 68 orang responden menyatakan tidak setuju, 37 tidak pasti dan 45 orang responden menyatakan tidak setuju.
Bagi Item 10, saya boleh menceritakan semula apa yang saya perolehi melalui pemerhatian saya di Laluan PPDa kepada ibu bapa, rakan-rakan saya di sekolah ini dan di luar sekolah. Sebanyak 69 orang responden menyatakan setuju, 11 responden menyatakan tidak pasti, 70 orang responden menyatakan tidak setuju dengan kenyataan ini.
Bagi Item 11, guru pernah membawa kelas saya untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran di kawasan Laluan PPDa sebanyak 85 orang responden bersetuju, 43 responden menjawab tidak pasti dan 22 orang responden menyatakan tidak.
Bagi soalan 12 – Laluan PPDa di sekolah saya patut ditambah baik supaya lebih menarik, sebanyak 65 responden menyatakan ya, 18 responden menyatakan tak pasti dan sebanyak 127 orang responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
HURAIAN DAPATAN KAJIAN ( POST KAJIAN)
Bagi Item 1 , saya banyak mendapat maklumat tentang kesan negatif yang didapati akibat menyedut asap rokok di Laluan PPDa. Sebanyak 120 responden menyatakan setuju , 12 responden kurang pasti dan 18 responden tidak setuju.
Bagi Item 2 , banyak maklumat tentang penyakit AIDS dan HIV yang dipamerkan di sudut AIDS dan HIV, Laluan PPDa. Sebanyak 132 responden bersetuju, 5 tidak pasti dan 13 tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 3, banyak maklumat yang boleh membantu saya menghindari diri agar tidak tercebur dengan masalah penagihan rokok, penagihan dadah, penagihan inhalan dan penagihan arak di Laluan PPDa sekolah saya. Sebanyak 143 responden bersetuju dengan kenyataan ini, 2 tidak pasti dan 5 tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bag Item 4 , Laluan PPDa sekolah saya hanya membazir dan kurang memberi manfaat kepada pelajar, guru dan warga sekolah yang lain. Sebanyak 2 responden setuju dengan pernyataan ini, 3 orang responden tidak pasti dan 143 orang responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 5, keadaan persekitaran di Laluan PPDa sekolah saya amat menarik dan tidak jemu dikunjungi. Sebanyak 146 orang responden menyatakan persetujuan, 3 orang responden menyatakan tidak pasti, 1 orang responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 6, air terjun yang terdapat di Laluan PPDa amat menyamankan serta memberi banyak informasi tentang kesan-kesan negatif akibat menyalahgunakan dadah. Sebanyak 149 responden menyatakan persetujuan, tiada responden menyatakan tidak pasti , 1 orang responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 7, Laluan PPDa sekolah saya amat membosankan dan tidak seharusnya dikunjungi oleh pelajar. Sebanyak 4 orang responden menyatakan setuju, 2 orang responden menyatakan tidak pasti ,144 menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 8, Laluan PPDa sekolah saya memberi motivasi kepada saya untuk sering berkunjung ke situ dan menimba ilmu berkaitan PPDa. Sebanyak 142 orang responden menyatakan persetujuan, 3 orang responden menyatakan tidak pasti , dan 5 orang responden menyatakan tidak setuju.
Bagi Item 9, Laluan PPDa sekolah saya tidak member apa-apa maklumat yang berguna kepada saya. Sebanyak 146 orang responden menyatakan tidak setuju, 2 tidak pasti dan 2 orang responden menyatakan tidak setuju.
Bagi Item 10, saya boleh menceritakan semula apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya di Laluan PPDa kepada ibu bapa, rakan-rakan saya di sekolah ini dan di luar sekolah. Sebanyak 130 orang responden menyatakan setuju,12 responden menyatakan tidak pasti, 8 orang responden menyatakan tidak setuju dengan kenyataan ini.
Bagi soalan 11 – Guru pernah membawa kelas saya untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran di kawasan Laluan PPDa. Sebanyak 120 orang responden bersetuju, 10 responden menjawab tidak pasti an 20 orang responden menyatakan tidak.
Bagi soalan 12 – Laluan PPDa di sekolah saya patut ditambah baik supaya lebih menarik. Sebanyak 15 responden menyatakan ya, 18 responden menyatakan tidak pasti dan sebanyak 127 orang responden tiak bersetuju dengan kenyataan ini.
RUMUSAN
Laluan PPDa SK Parit Empat merupakan satu projek yang amat berkesan dalam usaha warga pendidik untuk memberi sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan dengan aspek-aspek pencegahan dadah. Seluruh warga SK Parit Empat akan sentiasa berwaspada agar tidak terjebak dengan masalah penagihan dadah ini kerana saban hari mereka sentiasa mendapat maklumat yang diperlukan ini.
SOALAN PRA KAJIAN
ITEM
YA
TIDAK PASTI
TAK SETUJU
1
saya banyak mendapat maklumat tentang kesan negatif yang didapati akibat menyedut asap rokok di Laluan PPDa
2
banyak maklumat tentang penyakit AIDS dan HIV yang dipamerkan di sudut AIDS dan HIV, Laluan PPDa.
3
banyak maklumat yang boleh membantu saya menghindari diri agar tidak tercebur dengan masalah penagihan rokok, penagihan dadah, penagihan inhalan dan penagihan arak di Laluan PPDa sekolah saya
4
Laluan PPDa sekolah saya hanya membazir dan kurang memberi manfaat kepada pelajar , guru dan warga sekolah yang lain.
5
keadaan persekitaran di Laluan PPDa sekolah saya amat menarik dan tidak jemu dikunjungi.
6
, air terjun yang terdapat di Lalauan PPDa amat menyamankan serta memberi banyak informasi tentang kesan-kesan negatif akibat menyalahgunakan dadah.
7
Laluan PPDa sekolah saya amat membosankan dan tidak seharusnya dikunjungi oleh pelajar.
8
Laluan PPDa sekolah saya memberi motivasi kepada saya untuk sering berkunjung ke situ dan menimba ilmu berkaitan PPDa
9
Laluan PPDa sekolah saya tidak memberi apa-apa maklumat yang berguna kepada saya.
10
saya boleh menceritakan semula apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya di Lalauan PPDa kepada ibu bapa, rakan-rakan saya di sekolah ini dan di luar sekolah.
11
Guru pernah membawa kelas saya untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran di kawasan Laluan PPDa.
12
Laluan PPDa di sekolah saya patut ditambah baik supaya lebih menarik
SOALAN POS KAJIAN
ITEM
YA
TIDAK PASTI
TAK SETUJU
1
saya banyak mendapat maklumat tentang kesan negatif yang didapati akibat menyedut asap rokok di Laluan PPDa sebanyak
2
banyak maklumat tentang penyakit AIDS dan HIV yang dipamerkan di sudut AIDS dan HIV, Laluan PPDa.
3
banyak maklumat yang boleh membantu saya menghindari diri agar tidak tercebur dengan masalah penagihan rokok, penagihan dadah, penagihan inhalan dan penagihan arak di Laluan PPDa sekolah saya
4
Laluan PPDa sekolah saya hanya membazir dan kurang memberi manfaat kepada pelajar , guru dan warga sekolah yang lain.
5
keadaan persekitaran di Laluan PPDa sekolah saya amat menarik dan tidak jemu dikunjungi.
6
, air terjun yang terdapat di Lalauan PPDa amat menyamankan serta memberi banyak informasi tentang kesan-kesan negatif akibat menyalahgunakan dadah.
7
Laluan PPDa sekolah saya amat membosankan dan tidak seharusnya dikunjungi oleh pelajar.
8
Laluan PPDa sekolah saya memberi motivasi kepada saya untuk sering berkunjung ke situ dan menimba ilmu berkaitan PPDa
9
Laluan PPDa sekolah saya tidak memberi apa-apa maklumat yang berguna kepada saya.
10
saya boleh menceritakan semula apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya di Lalauan PPDa kepada ibu bapa, rakan-rakan saya di sekolah ini dan di luar sekolah.
11
Guru pernah membawa kelas saya untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran di kawasan Laluan PPDa.
12
Laluan PPDa di sekolah saya patut ditambah baik supaya lebih menarik